Inovasi Sosial Berkenaan Dengan Perpaduan (EFOLIO)
Kumpulan 5 (EFolio)
SUBJEK : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN : INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN
NAMA AHLI KUMPULAN
1. ZULPHAKHAR BIN ZULKHARNAIM (04DEP23F1001)
NAMA PENSYARAH : MOHD ZOHDI BIN HJ. SAID
isi kandungan :
- pengenalan
- definisi
- konsep inovasi sosial dengan perpaduan
- kepentingan inovasi
- Impak positif dan negatif
- langkah - langkah memupuk perpaduan kaum
- kesimpualan
- sumber rujukan
PENGENALAN :
Pada awal kemunculan peradaban, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Namun pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti dintegrasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi. Dengan itu, pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam usaha membangunkan negara keseluruhannya.
DEFINISI :
Inovasi sosial adalah satu konsep yang merujuk kepada penciptaan penyelesaian kreatif untuk mengatasi masalah sosial dan persekitaran yang kompleks dan sukar untuk diselesaikan. Inovasi sosial boleh merangkumi pembangunan produk, perkhidmatan, model perniagaan atau amalan baharu atau dikemas kini yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti, menggalakkan keadilan sosial dan melindungi alam sekitar. Inovasi sosial melibatkan proses perubahan sosial yang menggalakkan penyelesaian yang mampan dan memberi kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar.
Inovasi sosial juga menekankan kepentingan kerjasama dan penyertaan komuniti dalam mengenal pasti dan merancang penelesaian, serta dalam memastikan penyelesaian ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Inovasi sosial menjadi semakin penting dalam konteks kerumitan masalah sosial dan alam sekitar yang semakin memerlukan penyelesaian yang inovatif dan mampan. Inovasi sosial boleh membantu meningkatkan kehidupan orang ramai dengan ketara dan mempunyai kesan jangka panjang, dan boleh meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
KONSEP INOVASI SOSIAL DENGAN PERPADUAN
Konsep inovasi sosial ialah amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai dan digunakan oleh individu, kumpulan sosial dan organisasi yang terlibat. Tanya mempengaruhi tingkahlaku sosial, cara pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang secara bersendirian ataupun bersama tidak kira kaum, bangsa dan agama. Pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan sosial dalam kalangan rakyat.
KEPENTINGAN INOVASI
Inovasi adalah kunci utama kepada kemajuan dan pertumbuhan negara. Kepentingan inovasi sosial dalam mencapai keseimbangan ekonomi dan sosial dapat dilihat melalui peningkatan kualiti hidup kerana mempunyai jalan penyelesaian kepada masalah sosial seperti masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, ia juga merupakan faktor utama dalam mencapai keamanan sosial dalam kalangan masyarakat. Inovasi sosial juga memberi faedah serta jalan penyelesain terhadap masalah sosial. Inovasi sosial dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Justeru, inovasi merupak elemen penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial serta memberi seribu satu kebaikan kebaikan dana kesan positif kepada masyarakat dan eknomi negara.
IMPAK POSTIF DAN NEGATIF
IMPAK POSITIF
Pelaksanaan inovasi sosial dapat memastikan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan menjadi lebih efektif sekaligus melahirkan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni serta menjamin kebahagiaan bersama.pada abad ke-20 ini, pelaksanaan pembangunan sosial yang efektif dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat serta emperkuat hubungan sosial antara masyarakat sejagat. Pelaksaanaan ini dilakukan adalah bertujuan bagi memastikan keadaan ekonomi negara di kedudukan yang lebih baik serta berdiri di mercu kejayaan.
IMPAK NEGATIF
Antara cabaran globalisasi yang semakin menghimpit ini, Isu politik sering menjadi punca berlakunya perbalahan antara masyarakat berbilang kaum di malaysia. Permasalahan ini sering berlaku ekoran sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak menjaga sensitiviti antara kaum.Masyarakat seharusnya berfikiran rasional dan tidak mudah terjebak dengan pengaruh ideologi yang boleh membawa kepada masyarakat yang berpecah belah.Berbagai bagai pandangan telah dilontarkan, jadi setiap individu perlu cakna dalam memelihara perpaduan yang telah kita capai sejak kini kerana sesungguhnya ia memerlukan tenaga dan usaha dari pelbagai pihak.
LANGKAH -LANGKAH MEMUPUKAN PERPADUAN KAUM
Sikap individu yang bersilengah akan menyebabkan masyarakat akan bercempera. Jadi langkah-langkah memupuk perpaduan nasional dilaksanakan demi kemaslahatan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian perlulah menjadi asas utama dalam mengukuhkan perpaduan nasional. Hal ini kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina,India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Oleh itu mereka boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum masing-masing.
Hubungan baik antara kaum juga perlu dititikberatkan dalam diri masing-masing. Jika diteliti, masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik dan tidak menghormati orang lain. Oleh hal yang demikian,kita haruslah memupuk sikap saling menghormati dan empati dalam diri. Sebagai contoh, menghormati pendapat dari perspektif orang lain serta bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Kesejahteraan dan keharmonian hanya dapat dipupuk sekiranya setiap masyarakat tidak memandang enteng dan sentiasa bertiwikrama untuk mempupuk perpaduan nasional.
Deduksi, kolaborasi perlulah diwujudkan agar negara hidup dengan harmoni sekaligus memberi kelebihan dan mewujudkan keamanan pada generasi akan datang untuk kelangsungan hidup mereka.
KESIMPULAN
Perpaduan dan integrasi dalam sesebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang perlulah dipupuk dengan langkah yang strategik dan berkesan serta meraih persefahaman dari semua pihak. Di samping itu, sebagai warganegara M, kita seharuslah menghayati dan mengamalkan ideologi bangsa dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, rukun negara. Rukun negara merupakan prinsip kebangsaan yang menekankan nilai-nilai penting. Penghayatan rukun negara kepada rakyat Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Jika dilihat dari sudut yang berbeza pula, tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang menuju kearah kebaikan mempunyai cabaran dan pelaksaan yang teliti dan efisien. Penumpuan terhadap pembangunan inovasi sosial adalah penting demi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu sekaligus dapat mencapai perpaduan dan inovasi sosial serta Malaysia berada di tahap yang lebih tinggi.
SUMBER RUJUKAN
TERIMA KASIH !!


